Wednesday, 2 March 2011

Nasi Dagang

Apa khabar semuaaaaaa? Kitorang baru lepas masak nasi dagang. Sedap!!! So marilah tengok camne buat dia k? Nnti you allzz boleh la try. Kalau ikut betul2 dan dengan sabar, akan terhasillah nasi dagang yang enak! Tapi simple je sebenarnya. Wa tak tipu lu beb~~!

Nasi Dagang



Bahan-bahan:
2cawan beras basmathi
1/2 cawan beras pulut
1/2 cawan beras unpolished (kitorang takde benda ni so kitorg lebihkan beras pulut to 3/4)
santan cair
santan pekat
1 ulas bawang merah (yang besar tu, hiris halus2)
1 or more inci halia (hiris halus2 panjang2)
1 sudu kecil halba
garam

Cara-cara:
  1. Gaulkan semua jenis beras tu and rendam dalam air semalaman or atleast 6hours.
  2. Lepas dah rendam, toskan air dia and kukus beras tu sampai setengah masak. (agak2 dalam 10minit)
  3. Angkat bekas yang mengandungi beras tu, gaulkan dgn santan cair. Jangan tuang semua sampai bertakung dalam bekas tu k? Just gaul2 je agak2 rata. Pastu kukus balik sampai dia masak. Rajin2 la check lepas dah 15-20minit kukus tu tengok dah masak tak. Kalau rasa mcm kering tu takpe. Yang penting masak. Itu yang kita mahu.
  4. Lepas dah masak, gaul dengan santan pekat, bawang, halba, halia and garam. Kukus lagi sampai bahan2 tu semua masak/layu.
  5. Agak2 dah masak, try rasa nasi tu. Kalau macam kering ke apa, tambah air panas sikit. Sikit je. Pastu kukus balik sekejap. Kalau kurang lemak, tambah santan. Kurang garam, tambah masin. Senang je. Ok dah siap.


Gulai Ikan



Bahan-bahan:
Potongan ikan tongkol/ikan tenggiri berapa2 banyak pun tak kisah. (kitorang ada ikan kembung je so kitorang masak 3 ekor)
1 biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup/ 3/4sudu besar serbuk kunyit
1 inci halia (hiris halus)
2 inci lengkuas (kitorang tak guna sebab kat UK takde lengkuas Malaysia je ada)
2 cawan santan pekat (kitorang guna less than that kot. Nanti sakit jantung makan santan banyak2)
Cili kering ikut suka nak pedas mana
2 sudu makan kerisik
3 keping asam keping
Minyak
Garam
Gula
Air

Cara-cara:
  1. Rebus ikan dengan asam keping and garam sikit. Air tu jangan banyak sangat, agak2 cover ikan tu. Rebus sampai air dia dah takde/pekat/tinggal sikit.
  2. Kisar cili kering (rebus dulu k), bawang merah, bawang putih dgn serbuk kunyit/kunyit.
  3. Tumis dengan minyak. Agak2 dah naik bau or pecah minyak mana2 la yang awak suka, masukkan kerisik, halia and lengkuas. Gaul pastu masak sampai bau dia macam sedap and rupa dia pun macam sedap.
  4. Masukkan santan, didihkan. Dah mendidih baru masukkan ikan dengan sisa2 air rebusan tu kalau ada.
  5. Masukkan garam and gula kalau nak. Gaul-gaul sikit, biar masak kejap pastu tutup api. Dah siap!
Acar



Bahan-bahan:
Timun
Carrot
Bawang merah
Cili merah
Cuka
Gula
Garam

Cara-cara:
  1. Potong timun dengan carrot tu memanjang atau rectangle atau camne yang korang selalu tengok orang buat acar.
  2. Hiris cili dengan bawang tu pun ikut suka hati and creativity cewah.
  3. Gaul dengan cuka, gula and garam. Rajin2 merasa k sebab nanti kalau tak sedap korang gak yang menyesal.
  4. Ok dah siap.

Tadaaaaaaa~!

Nyumsies!!


Resepi ni diadaptasi dari resepi kat blog sudipkayu. Thankyu sudipkayu!

No comments:

Post a Comment